PM, Sultan Brunei bertemu di luar acara Minggu Pemimpin Ekonomi APEC

PM, Sultan Brunei bertemu di luar acara Minggu Pemimpin Ekonomi APEC

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bertemu di luar acara Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Anwar berkata, pertemuan itu membuka peluang untuk menilai kemajuan dalam kerjasama yang terjalin bagi kediua-dua negara.

Kata beliau, peluang itu meliputi dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor untuk belia Brunei.

“Alhamdulillah Paduka Seri Baginda Sultan dan saya berpeluang untuk menilai kemajuan kerjasama yang giat berlangsung antara kedua-dua negara sahabat.

“Kami juga berbincang berkenaan hubungan dua hala, kerjasama perdagangan dan pelaburan,” katanya pada sidang media selepas Sidang Kemuncak AELW APEC di Lima, Peru.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, hubungan Malaysia dan Brunei Darussalam diharapkan dapat terus diperkukuh demi kebaikan kedua-dua negara.

APEC merupakan forum antara kerajaan bagi 21 ekonomi anggota di Lingkaran Pasifikyang menggalakkan perdagangan bebas di seluruh rantau Asia Pasifik.

Ia mewakili hampir 40 peratus daripada populasi dunia, hampir separuh daripada perdagangan global dan lebih 60 peratus daripada ekonomi global.

Malaysia dan Brunei ialah antara 12 anggota pengasas APEC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya