PM akan umum pelaburan baharu dari TikTok dan Google

PM akan umum pelaburan baharu dari TikTok dan Google

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengumumkan jumlah pelaburan baharu menerusi pertemuan dengan TikTok dan Google ketika Sidang Kemuncak APEC 2024, di Peru.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, Kabinet juga telah dimaklumkan mengenai siri-siri lawatan Perdana Menteri ke beberapa negara baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, Jemaah Menteri juga merakamkan tahniah kepada Perdana Menteri kerana menerima penghormatan tertinggi Peru, El Sol Del Peru.

“Anugerah itu antara anugerah tertinggi oleh negara Peru dan ia adalah satu penghormatan serta satu kebanggaan bukan hanya untuk Perdana Menteri tetapi juga untuk negara kita,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Anugerah berprestij itu adalah penghormatan sivil tertua di benua Amerika, yang diwujudkan pada 1821 selepas Peru mencapai kemerdekaan dari Sepanyol, menjadikannya simbol bersejarah dalam diplomasi antarabangsa.

Ditanya mengenai kesediaan TikTok untuk meneliti isu buli siber di platform media sosial itu, Fahmi berkata, beliau menyambut baik kerjasama itu sekali gus memastikan internet lebih selamat termasuk dalam medan TikTok.

“Dalam isu buli siber ini, kita lihat memang tepat pada waktunya kerana  banyak kegiatan buli siber berlegar dalam beberapa platform terutama di Facebook, TikTok dan Instagram.

“Selain kenyataan apa yang telah mereka (TikTok) buat, jaminan yang mereka berikan kepada Perdana Menteri inilah antara sebab kenapa kita mahu melaksanakan sistem perlesenan media sosial pada 1 Januari 2025,” katanya.

Pertemuan antara Anwar dengan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shou Zi Chew ketika Sidang Kemuncak APEC 2024, di Peru antara lain membincangkan ancaman penipuan serta budaya fitnah di TikTok.

Malah, TikTok memberi jaminan untuk melihat permasalahan itu dan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Bank Negara Malaysia (BNM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya