PKR terbuka bekerjasama dengan parti lain hadapi PRN Sabah

PKR terbuka bekerjasama dengan parti lain hadapi PRN Sabah

MUSTAPHA SAKMUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah terbuka untuk meneroka ruang kerjasama dalam usaha memperkukuhkan kerajaan Madani bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang dijangka tahun depan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, dalam menghadapi PRN17, Pakatan Harapan (PH) membentuk Jawatankuasa Rundingan Kerusi dan telah mengadakan beberapa siri mesyuarat. 

“PH Sabah akan menyelesaikan dulu perbincangan serta rundingan dalaman sebelum memulakan rundingan kerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan.

“Namun, dalam proses rundingan itu, PKR ingin menekankan agar pendekatan inklusif dapat dilaksanakan secara adil. 

“Perbincangan perlu juga meliputi pembahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, kuota pengerusi dan ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), jawatan-jawatan di peringkat DUN, kampung dan komuniti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, PKR juga ingin menegaskan bahawa prinsip asas kerjasama ini perlu didasari oleh pengurusan tatakelola yang baik seperti tadbir urus yang baik dan meletakkan kepentingan serta kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

“Selain itu, kami turut mengalu-alukan cadangan jawatankuasa rundingan kerusi PRN17 yang diutarakan oleh Ketua Menteri Sabah baru-baru ini dalam usaha mengukuhkan kerjasama baik dan kestabilan politik yang sedia ada,” katanya.

Semalam, pemimpin PH dan Barisan Nasional (BN) telah mengadakan perbincangan tidak rasmi untuk meneliti titik-titik pertemuan dan menghormati perbezaan pandangan dalam menentukan hala tuju politik Sabah yang memerlukan pendekatan berbeza dengan konteks Semenanjung.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya