Pindaan akta benarkan pegawai AADK buat ujian urin

Pindaan akta benarkan pegawai AADK buat ujian urin

SAIFUDDIN Nasution Ismail (kanan) dan Fadhlina Sidek menyempurnakan perasmian Kempen Antidadah di Sekolah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir di Bandar Baharu, Kulim, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR BAHARU: Pegawai pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mempunyai keupayaan mengesan kandu­ngan dadah dan bahan terlarang di dalam cecair vape.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengesanan di peringkat awal juga boleh dilakukan susulan pelaksanaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 yang diluluskan Dewan Rakyat, Ogos lalu.

Katanya, dadah sintetik dan bahan khayal yang tampil dalam pelbagai nama serta bentuk termasuk di dalam cecair vape kini menjadi ancaman baharu khususnya kepada golongan pelajar.

“Kita ada keupayaan, pegawai pemulihan ada kepakaran tersebut. Kalau dulu proses ujian dan verifikasi (bahan terlarang) semua hanya dilakukan oleh doktor, tak boleh orang lain.

“Tapi dalam akta penagih dadah yang kita pinda, tugas itu boleh dibuat oleh pegawai pemulihan ADDK, namun kita tak ketepikan pegawai perubatan. Di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) masih ada elemen peranan pegawai perubatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas bersama-sama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek me­rasmikan Kempen Antidadah di Sekolah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir di sini, semalam.

Saifuddin berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga berhasrat mewujudkan makmal khusus di Puspen bagi proses pengujian bahan terlarang.

“Melalui makmal tu nanti boleh kesan semua bahan terlarang tanpa syak tanpa ragu, tahap kompetensi itu tinggi,” katanya.

Rabu lalu, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Kangar, Perlis terjatuh dari bumbung tingkat satu bangunan sekolah dipercayai khayal selepas menghisap vape. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya