Pinda undang-undang wajibkan parti politik letak 30 peratus calon wanita

Pinda undang-undang wajibkan parti politik letak 30 peratus calon wanita

Gopalan (duduk Kiri), Cherine Hegazy (duduk kanan sekali) dan Dr. Zaireeni (tiga dari kanan) pada kempen di lancarkan oleh Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor(EMPOWER) bersama gabungan masyarakat sivil; Joint Action Group for Gender Equality (JAG), BERSIH, CSO Platform for Reform (CSOP4R) dan pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain, hari ini. - UTUSAN/HALINA MD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa untuk meminda undang-undang pilihan raya supaya semua parti politik diberi mandat untuk meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita, menjelang PRU16 (2027/2028).

Gesaan itu dibuat menerusi kempen yang di lancarkan oleh Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor(EMPOWER) bersama gabungan masyarakat sivil; Joint Action Group for Gender Equality (JAG), BERSIH, CSO Platform for Reform (CSOP4R) dan pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain, hari ini.

Kempen itu juga menggesa kerajaan untuk memenuhi manifesto Pakatan Harapan meletakkan 30 peratus wanita dalam Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menjelang Pilihanraya ke 16.

Pengarah Eksekutif Empower, Gopalan- K. Papachan berkata, wanita amat kurang diwakili dalam badan pembuat keputusan tertinggi Malaysia iaitu Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri.

“Pada masa ini, wanita membentuk 13.5 peratus ahli Parlimen di Dewan Rakyat (14.8 perarus dalam Dewan Negara yang dilantik) dan 12.2 peratus sebagai ADUN di Dewan Undangan Negeri. Rancangan Malaysia ke 9 ada kenyataan polisi tetapi tiada strategi atau rancangan yang konkrit.

“Terdapat juga Pelan Tindakan
Pembangunan Wanita 2009 dan kemudiannya Manifesto PH pada tahun 2017 untuk meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam Dewan Negara, Rakyat dan Undangan Negeri. Bagaimanapun, sehingga sekarang tiada tindakan menjalankan strategi yang ditulis dalam Pelan itu, “katanya.

Turut hadir, Pensyarah Kanan, KANITA, Universiti Sains Malaysia, Dr. Zaireeni Azmi dan Koordinator Dana Kanada Untuk Inisiatif
Tempatan, Cherine Hegazy.

Gopala berkata, apabila seseorang membandingkan angka ini dengan fakta bahawa wanita dan kanak-kanak perempuan membentuk hampir 50 peratus daripada populasi, menggariskan ketidakadilan dalam kesaksamaan gender di Malaysia.

Zaireeni berkata pada masa ini tiada klausa dalam Akta Pilihanraya 1958 mengenai 30 peratus pembabitan wanita dalam Parlimen dan DUN.

“Bagi mencapai matlamat ini, kita mahu memastikan setiap parti politik meletakkan calon wanita. Pada masa ini, calon wanita diletakkan atas sukarela parti politik.

” Setakat ini, parti DAP ada menetapkan perkara ini dalam perlembagaan, meletskkan 30 peratus wanita dalam jawatankuasa tertinggi parti. Pada masa ini parti PKR ada tetapi masih belum mencapai 30 peratus manakala UMNO tiada peruntukan ini, “katanya.

Pada tahun 2022, Malaysia adalah negara Asia Tenggara kedua terendah dari segi peratusan kerusi yang dipegang oleh wanita di parlimen negara. Purata dunia wanita dalam keseluruhan badan perundangan negara kini adalah 26.9 peratus.

Kempen berkenaan turut menganjurkan persidangan bersama platform terdiri daripada pelbagai NGO (CSO), parti politik, individu yang prihatin dan ahli
akademik untuk bersama-sama membincangkan realiti semasa, isu dan cabaran yang dihadapi oleh wanita dalam
parti politik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya