Pimpinan PN ucap takziah pemergian Daim

Pimpinan PN ucap takziah pemergian Daim

DAIM ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemimpin Perikatan Nasional (PN) menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sambil menyifatkan bahawa negara kehilangan sebutir mutiara yang tidak ternilai harganya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pemergian Daim adalah kehilangan yang tiada galang gantinya.

“Kita kehilangan bukan sahaja seorang pemimpin besar, tetapi salah seorang arkitek utama ekonomi Malaysia ketika ia menjadi ‘Harimau Asia’.

“Menggunung jasanya kepada agama, bangsa dan negara terutamanya ketika negara berdepan dengan krisis kewangan 1998, sehingga akhirnya membolehkan Malaysia keluar daripada krisis berkenaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya.

Hamzah berkata, Daim adalah seorang pejuang tulen bahkan sehingga ke akhir hayatnya, meskipun uzur, beliau tetap berjuang menentang kezaliman dan dendam kesumat politik.

“Dan, saya secara peribadi hilang seorang guru, seorang mentor, seorang bapa serta seorang sahabat yang mendidik saya dalam dunia korporat dan politik,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang turut merakam ucapan takziah kepada seluruh keluarga Daim yang merupakan bekas Menteri Kewangan dan bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan.

“Begitu besar jasanya pada negara. Semoga Almarhum ditempatkan dalam kalangan solihin dan dilimpahkan dengan rahmat Allah SWT serta kurnia daripada-Nya,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya