PH Negeri Sembilan tekad mahu rampas semula DUN Paroi

PH Negeri Sembilan tekad mahu rampas semula DUN Paroi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan bertekad untuk menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang selepas kegagalan mempertahankannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

Pengerusinya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kejayaan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan dalam mentadbir negeri dengan baik ketika ini dilihat mampu memberikan kelebihan bagi menarik semula sokongan pengundi.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sembilan justeru akan memastikan seluruh jentera PH untuk turun membantu Parti Amanah Negara (Amanah) bagi menawan semula kerusi berkenaan selain mempertahankan kerusi DUN Klawang.

“Saya akan terus memberikan komitmen tinggi kepada Pengerusi Amanah, untuk pastikan bahawa bukan sahaja kita pertahankan Klawang tetapi akan dapat tawan semula Paroi. 

“Untuk tujuan itu, program harus sentiasa diadakan termasuklah di kawasan Labu dan Paroi. kita pastikan mana tempat kita kalah tempoh hari, kita dapat ambil semula,” katanya semasa  berucap dalam Konvensyen Tahunan Amanah Negeri Sembilan di sini, hari ini. 

Yang turut hadir, Naib Presiden Amanah, Adly Zahari dan Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd. Rahman.

Pada PRN Negeri Sembilan yang lalu, PH gagal mempertahankan kerusi DUN Paroi yang diwakili calon Amanah dan kerusi DUN Labu yang diwakili PKR selepas kedua-duanya tewas kepada Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, Adly berkata, beliau yakin pemuda Amanah mampu berperanan bagi memastikan parti itu kekal relevan dan memacu kebangkitan yang diharapkan.

Pada masa sama, beliau juga menasihatkan pemimpin politik muda parti tu untuk memanfaatkan peluang yang ada kerana tidak semua pengalaman ahli politik ketika zaman muda adalah menjadi kerajaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya