PGA tahan pemandu van, rampas 1,296 anak pokok seludup

PGA tahan pemandu van, rampas 1,296 anak pokok seludup

BATALION 8 PGA berjaya merampas pelbagai jenis anak pokok yang dipercayai diseludup dari Thailand selepas menahan sebuah lori di Kampung Parit Air, Rantau Panjang, Kelantan-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa merampas 1,296 anak pokok pelbagai jenis yang dipercayai diseludup selepas menahan sebuah van dipandu seorang lelaki di Kampung Parit Air di sini semalam.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, tangkapan dan rampasan dilakukan pada pukul 1.30 petang selepas anggota bertugas menahan sebuah jenis lori Isuzu yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemeriksaan yang dilakukan membawa kepada penemuan 700 anak pokok bidara, jambu muda (200), logan (298) dan Buchida Batik (98) yang dipercayai diseludup dari Thailand.

“Pemeriksaan lanjut mendapat kesemua anak pokok tidak mempunyai dokumen yang sah.

“Suspek berusia 30 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup tumbuhan tersebut ke pasaran tempatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167).

Katanya, anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM134,500.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya