Pesara pegawai tentera didenda RM150,000, terima wang bina rumah

Pesara pegawai tentera didenda RM150,000, terima wang bina rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pesara tentera berpangkat mejar jeneral didenda RM150,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima wang RM100,000 bagi bayaran pembinaan sebuah rumah, dua tahun lalu.

Hakim Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas tertuduh, Datuk Zainal Abdul Manaf, 61, mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya gagal membayar jumlah denda itu, boleh dipenjara enam bulan dan tertuduh membayar denda berkenaan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, hakim menasihatkan tertuduh supaya insaf dan tidak mengulangi kesalahan sama.

“Saya harap tertuduh benar-benar insaf, elak lakukan sebarang kesalahan pada masa akan datang,” katanya. 

Mengikut kertas pertuduhan, Zainal didakwa sebagai penjawat awam iaitu Asisten Ketua Staf Material di sebuah pasukan pertahanan (ketika itu) telah menerima untuk dirinya pembayaran pembinaan rumah iaitu RM100,000 tanpa balasan daripada seorang individu yang mempunyai hubungan dengan tugas rasmi tertuduh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Wangsa Maju, Jalan Wangsa Delima 11, D’Wangsa di sini pada 15 Mac 2022.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Aznika Moh. Anas mencadangkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh selain memberi pengajaran kepada masyarakat.

“Tertuduh dalam kes ini bukan berpangkat biasa-biasa kerana beliau merupakan Asisten Ketua Staf Material yang merupakan antara pangkat tertinggi. Oleh itu, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh,” kata Aznika. 

Bagaimanapun, peguam bela Wafa Shalehah Helmy yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda dikurangkan dengan alasan anak guamnya merupakan pesara kerajaan dengan pencen RM8,500 sebulan yang digunakan untuk komitmen bulanannya serta menanggung seorang isteri yang menghidap penyakit kencing manis.

“Anak guam saya mempunyai penyakit darah tinggi dan berumur 61 tahun, faktor umur anak guam menjadi salah satu mitigasi pihak pembelaan memohon supaya mahkamah mempertimbangkan,” katanya. 

Dalam prosiding sama, bagi satu lagi pertuduhan sama yang dihadapi Zainal ia dipertimbangkan sebagai ‘take into consideration’ (TIC) di bawah Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya