Peruntukan Majlis Media Malaysia akan diperincikan - Fahmi

Peruntukan Majlis Media Malaysia akan diperincikan – Fahmi

IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi akan memperincikan anggaran peruntukan bagi penubuhan Majlis Media Malaysia melalui Memorandum Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, anggaran peruntukan itu bagi pengoperasian awal Majlis Media Malaysia sebelum ia boleh bergerak menggunakan dana sendiri.

“Dana permulaan ini akan diguna pakai untuk pengoperasian awal Majlis Media Malaysia sebelum ianya boleh beroperasi dengan dana sendiri.

“Bagi tujuan ini, Jawatankuasa Protem telah menyediakan pelan kewangan jangka masa panjang dengan menyasarkan sumber kewangan daripada sumber-sumber lain,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 peringkat kementerian di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada sidang Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen ke-15.

Kata beliau, ketika ini, Kementerian Komunikasi dalam peringkat akhir untuk memuktamad kandungan RUU itu bersama Jawatankuasa Protem Majlis Media Malaysia terdiri daripada wakil industri media, ahli akademik dan pihak awam.

“Hal ini adalah bagi memastikan peruntukan-peruntukan yang dipersetujui dalam kandungan RUU tersebut adalah jelas serta memastikan penubuhan Majlis Media itu kelak memenuhi objektif utama yang disasarkan,” katanya.

Untuk makluman, penubuhan Majlis Media Malaysia adalah bagi membangun dan melaksanakan kod etika pelaporan yang dapat memperkasakan profesion kewartawanan negara serta memastikan pelaporan berita dilakukan oleh media secara bertanggungjawab.

Ia turut berfungsi menggalakkan komunikasi antara pengamal media, kerajaan dan orang awam selain menyokong pembangunan profesional wartawan serta organisasi media. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya