Perubahan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS

Perubahan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam – CUEPACS

DATUK Adnan Mat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cadangan Johor melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor kepada empat hari setengah selari dengan usaha kerajaan bagi mempertingkatkan produktiviti dan menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam terutamanya memperkasakan perkhidmatan digital.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Dr. Adnan Mat berkata, kebanyakan negara maju telah pun memendekkan waktu bekerja dan langkah tersebut langsung tidak menjejaskan sedikit pun produktiviti sumber manusia di negeri berkenaan.

Beliau mengambil contoh seperti Iceland menjadi antara kayu pengukur kejayaan kepada pengurangan waktu kerja iaitu daripada purata 40 jam kepada 35 jam seminggu.

“Pekerja dapat menikmati hidup yang lebih sihat, bekerja tanpa tekanan dan seterusnya diterjemahkan dengan meningkatkan produktiviti pekerjaan.

“Usaha ini secara tidak langsung dapat mencapai keseimbangan dalam pekerjaan serta kehidupan pekerja disamping tidak menjejaskan produktiviti yang ditetapkan majikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, negerinya sedang mempertimbangkan cadangan perubahan waktu bekerja sektor awam kepada empat hari setengah seminggu.

Beliau berkata, cadangan itu susulan pelaksanaan cuti hujung minggu di negeri ini kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari tahun depan.

Dalam pada itu, Adnan berkata, langkah memendekkan waktu bekerja bukanlah suatu perkara yang patut dilihat daripada sudut yang negatif kerana ia sebenarnya telah pun dibuat sebelum ini.

Katanya, untuk rekod pada pada 1 Januari 2023 kerajaan melalui Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) telah menetapkan tempoh waktu bekerja dikurangkan kepada 45 jam seminggu berbanding 48 jam seminggu sebelum ini.

“Pengurangan waktu bekerja itu sedikit pun tidak menjejaskan produktiviti di semua sektor pekerjaan termasuklah sektor awam kerana pelbagai langkah telah diambil dan diselaraskan untuk memastikan kualiti produktiviti terus ditingkatkan.

“Menerusi proses dan sistem teratur yang dilaksanakan kelak, CUEPACS yakin waktu bekerja yang pendek benar-benar akan membawa kepada peningkatan produktiviti kerana para pekerja berasa bersemangat dan dihargai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya