Permohonan bekas AG singkir hakim tangguh 9 Dis.

Permohonan bekas AG singkir hakim tangguh 9 Dis.

SHAHRIR AB. SAMAD (kiri), TOMMY THOMAS dan LATHEEFA KOYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Permohonan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas untuk menyingkirkan Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain daripada mendengar kes saman bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Ab. Samad terhadapnya, ditangguhkan ke 9 Disember ini.

Permohonan itu sepatutnya didengar hari ini namun, ditangguhkan selepas peguam, Mervyn Lai Wei Shiung yang mewakili Tommy memaklumkan, pihaknya baharu memfailkan afidavit tambahan pada 1 November lalu.

Sehubungan itu, Mahkamah memberikan penangguhan bagi membolehkan Shahrir membalas terhadap afidavit tambahan terbabit.

Mervyn memaklumkan perkara itu kepada media selepas tamat prosiding terbabit. Turut hadir pada prosiding tersebut ialah peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin bagi pihak Shahrir.

Pada 26 Ogos lalu, Tommy memfailkan permohonan untuk menyingkirkan Pesuruhjaya Kehakiman itu atas dakwaan  Roz Mawar telah membuat banyak dapatan tidak berasas serta bercanggah dengan tuntutan saman itu dan keterangan yang dikemukakan di hadapan mahkamah. 

Dakwanya, Roz Mawar telah menentukan terlebih dahulu keputusan saman plaintif (Shahrir) terhadap beliau menyebabkan pihaknya tidak akan mendapat perbicaraan yang adil sekiranya Roz Mawar mendengar kes saman berkenaan.

Pada 3 Julai lalu, Roz Mawar menolak permohonan Tommy untuk membatalkan saman itu dan kes ditetapkan bagi pendengaran penuh selama tujuh hari iaitu dari 9 hingga 12 Mac dan 27 hingga 29 April 2026.

Pada 4 Disember 2023, Shahrir memfailkan saman itu dengan menamakan Tommy, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya; SPRM dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Berdasarkan penyataan tuntutan, plaintif mendakwa, selepas berlakunya perubahan kerajaan yang sebelum ini dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH), ramai ahli-ahli politik daripada pelbagai latar belakang dan dari UMNO yang disiasat oleh SPRM.

Ujarnya, dirinya juga telah sasaran siasatan dan didakwa secara terpilih dengan niat jahat.

Pada 21 Oktober 2020, Shahrir telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 10 tahun lalu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut Shahrir, pertuduhan yang dikenakan terhadapnya adalah bertentangan dengan aduan yang dibuat oleh seorang individu bernama Mariana Md. Isa dan bertentangan dengan tujuan Notis Tawaran Kompaun yang telah diserahkan kepadanya bagi tujuan mendapatkan kembali wang yang diselewengan daripada 1MDB.

Tambah plaintif, keterangan beberapa orang saksi sewaktu perbicaraan mendedahkan bahawa Sharir telah dituduh sebelum siasatan terhadapnya selesai.

Sehubungan itu, Shahrir mendakwa semua defendan secara bersama atau berasingan telah melakukan siasatan dengan niat jahat, penangkapan secara salah pendakwaan berniat jahat (malicious prosecution) dan misfeasans (salah laku) di pejabat awam.

Oleh itu, Shahrir antara lain menuntut satu pengisytiharan bahawa kesemua defendan telah melakukan siasatan, tangkapan dan pendakwaan secara salah serta telah melakukan misfeasens dalam pejabat awam.

Selain itu, Shahrir menuntut pampasan RM20 juta atas penyiksaan mental, jiwa dan raga serta kerosakan reputasinya serta ganti rugi am dan teladan berjumlah RM10 juta.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya