Perbuatan empat anggota curi barang kemas tidak berperikemanusian - KPN

Perbuatan empat anggota curi barang kemas tidak berperikemanusian – KPN

Tan Sri Razarudin Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan tindakan empat anggota polis berpangkat konstabel dan koperal mencuri barang kemas milik wanita yang meninggal dunia pada 1 Oktober lalu adalah tidak berperikemanusiaan.

Beliau sekali gus menegaskan, arahan telah diberikan agar siasatan terperinci dilakukan tanpa kompromi.

Malah, Razarudin berkata, tindakan tegas berlandaskan undang-undang juga akan dikenakan sekiranya siasatan mendapati benar mereka melalukan perbuatan itu.

“Perbuatan ini sama sekali tidak bertanggungjawab dan perikemanusian. Jadi, tindakan tegas perlu diambil terhadap sesiapa sahaja terlibat dalam jenayah seumpama ini.

“Peringatan ini bukan sahaja untuk semua pegawai dan anggota tetapi ia juga kepada diri saya,”katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa mengesahkan penahanan empat anggota polis itu.

Penahanan itu dibuat selepas polis menerima laporan berhubung kecurian barang kemas itu daripada bapa mangsa pada 8 Oktober lalu.

Pada awalnya diklasifikasikan sebagai Kertas Enkuiri Polis dan walau bagaimanapun selepas memperoleh beberapa keterangan, polis.menyiasat kes itu di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Empat anggota keselamatan yang berusia 28 hingga 35 tahun itu ditahan di sekitar Setapak, di sini.

Polis turut merampas resit dan seketul logam berwarna kekuningan seberat 11.52 gram.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki mendakwa barang kemas yang dipakai anak perempuannya lesap.

Wanita itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta yang diletakkan di sebuah kondominium di Setapak.

Berdasarkan gambar yang dikongsi pihak bomba, wanita itu masih memakai rantai dan gelang sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN