PETALING JAYA: Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, negara itu mahu mengeratkan hubungan dengan Malaysia khususnya dalam bidang peralihan tenaga.
Katanya, perkara itu dinyatakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan mereka sempena Sidang Kemuncak G20 di Rio de Jeneirio Brazil semalam.
Dalam hantaran di X yang ditulis dalam bahasa Melayu, Macron memuat naik gambarnya bersama Anwar pada pertemuan itu.
“Bersama Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim , yang juga merupakan Pengerusi ASEAN.
“Pertemuan pertama ini akan membolehkan kami mempererat hubungan antara negara kami, khususnya dalam bidang peralihan tenaga, salah satu keutamaan bersama kami,” kata Macron. – UTUSAN