Peranan media 'perisai' maklumat, benteng keselamatan negara

Peranan media ‘perisai’ maklumat, benteng keselamatan negara

KESIAPSIAGAAN dan keupayaan pasukan pertahanan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hari Bersama Media (HBM) Kementerian Pertahanan (MINDEF) 2024 pada 29 Oktober lalu memberi gambaran kadar kesiapsiagaan dan keupayaan pasukan pertahanan negara.

Penganalisis bebas dasar awam, Fahmiza Mohamad Stephen berkata, HBM selama 24 jam yang berlangsung di Pangkalan Udara (PU) Jugra di Banting, Selangor itu adalah sesuatu yang menarik dan wajar menjadi kebiasaan.

Beliau berkata, hari bersama media juga tidak seharusnya dilihat sebagai sekadar simbolik kepada pengiktirafan pihak media sebagai rakan strategik kementerian dalam memperkasa agenda pertahanan negara sahaja.

“Sebaliknya, ia berpotensi menjadi inisiatif yang memberi makna yang lebih besar. Apabila anggota dan pengamal media dijemput menaiki helikopter, mencuba senjata dan menembak di lapangan dan melalui perjalanan berhalangan, sudah pastilah semua itu akan membuka mata.

“Ia menjadi satu ‘game changer’ yang akan mewujudkan persefahaman antara MINDEF dan pengamal media. Malah, sensitiviti isu pertahanan akan dapat difahami dan dihargai dengan lebih baik,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Katanya, pendedahan itu bukan sahaja mengelakkan salah tafsir tetapi juga membentuk sokongan padu dari pengamal media terhadap usaha melindungi keselamatan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya