Perak negeri paling banyak wartakan tanah Orang Asli - Utusan Malaysia

Perak negeri paling banyak wartakan tanah Orang Asli

MOHD. Zolkafly Harun menjawab soalan pada sidang dewan Perak hari ini.- UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak merupakan negeri yang paling banyak mewartakan tanah Orang Asli di Malaysia yang sehingga kini berkeluasan 33,046.613 ekar.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian & Industri Makanan negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, langkah itu bagi memastikan memelihara warisan budaya dan identiti masyarakat Orang Asli serta membolehkan mereka hidup dalam keadaan lebih baik.

Beliau juga berkata, Perak merupakan negeri kedua terbanyak selepas Pahang dari segi populasi Orang Asli dengan jumlah 61,589 orang.

“Kerajaan negeri melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli sentiasa berusaha berterusan dalam mengurus dan mengiktiraf tanah yang diduduki oleh masyarakat Orang Asli di pelbagai daerah,” katanya ketika menjawab soalan Muhammad Zulfadli Zainal (PN-SLIM) dalam sidang dewan negeri Perak di sini hari ini.

Mohd. Zolkafly juga berkata, jumlah Kampung Orang Asli (KOA) yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Perak adalah sebanyak 257 kampung.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 72 pewartaan kawasan yang melibatkan 99 KOA telah diwartakan sehingga kini. Selain itu, 30 KOA juga telah menerima kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Perak untuk pewartaan.

“Baki sejumlah 128 KOA masih dalam proses permohonan oleh JAKOA kepada kerajaan negeri Perak melalui Pejabat Tanah Daerah dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri yakin dengan jumlah populasi masyarakat Orang Asli itu, perancangan dan keputusan yang lebih tepat dalam menyokong pembangunan sosial, ekonomi, dan budaya mereka. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya