Penyu agar sesat hingga atas jalan

Penyu agar sesat hingga atas jalan

KEADAAN Penyu agar yang tersesat sehingga ke atas jalan raya berhampiran Pantai Teluk Lipat, Dungun, malam tadi. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Pengunjung dan penduduk di sekitar Pantai Teluk Lipat dekat sini gempar dengan kehadiran seekor penyu agar dewasa yang sesat hingga ke atas jalan raya, malam tadi.  

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam, penyu itu disedari sesat dengan merangkak di atas jalan oleh pengunjung pantai. 

Ahmad Zaril Zainuddin, 29, berkata, dia terkejut melihat orang ramai berkumpul sebelum mendekati mereka. 

“Saya tengok ada seekor penyu sesat merangkak hingga ke atas jalan raya. Mujurlah ada orang yang perasan kehadiran penyu itu, kalau tidak, penyu itu mungkin dilanggar kenderaan. 

“Seorang pemuda kemudiannya cuba menunjukkan arah pantai dengan menepuk belakang cengkerang sebelum penyu itu kembali ke pantai,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ahmad Zaril berkata, mereka tidak mengangkat penyu itu kerana saiznya besar dan dikhuatiri berat. 

“Penyu itu mungkin sesat ketika mencari tempat bertelur hingga naik ke atas jalan raya kerana kedudukan pantai tidak terlalu jauh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya