Penyertaan BRICS tidak pengaruh dasar luar negara

Penyertaan BRICS tidak pengaruh dasar luar negara

DATUK Mohamad Alamin-JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyertaan Malaysia dalam BRICS tidak akan mengubah dasar luar negara, sebaliknya membuka lebih banyak peluang baharu yang dapat membantu pembangunan negara.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, Malaysia selaku negara yang berdaulat bebas untuk memilih apa juga organisasi yang ingin disertai.

Namun, kata beliau, penyertaan tersebut perlu dibuat selepas pertimbangan amat terperinci dan melihat langkah itu mampu memberi manfaat kepada negara.

“Pembabitan kita dalam mana-mana organisasi, kita akan bergerak secara aktif dan memberi impak baik kepada negara.

“Tambahan pula, kita menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun depan, kita akan memainkan peranan yang hebat di peringkat antarabangsa,” katanya waktu Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan V. Ganabatirau (PH-Klang) sama ada dasar luar Malaysia akan berubah apabila menyertai BRICS dan sejauh mana jaminan negara lain tidak akan mencampuri urusan negara seperti politik, ekonomi dan kedaulatan negara.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, penyertaan Malaysia sebagai negara rakan BRICS adalah selari dengan usaha memacu ekonomi negara untuk berkembang dengan lebih pesat, stabil dan berdaya tahan.

Jelasnya, penyertaan tersebut diyakini akan memberikan kesan positif ke atas kemajuan dan kesejahteraan sosioekonomi rakyat.

“Ini kerana, ia berupaya untuk membuka peluang pasaran baharu untuk perdagangan negara yang seterusnya dapat meningkatkan perdagangan dan pelaburan langsung asing (FDI), dengan negara-negara anggota BRICS.

“Ini sekali gus mengimbangi kebergantungan negara kepada pasaran tradisional sedia ada,” jelasnya.

Tambahnya, Kementerian Luar akan sentiasa memastikan kepentingan negara terjaga dan terpelihara dengan penyertaan Malaysia dalam semua organisasi antarabangsa termasuk BRICS.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya