Penyaluran imbuhan imam, guru Kafa, guru takmir diperkukuh

Penyaluran imbuhan imam, guru Kafa, guru takmir diperkukuh

MOHD. NA’IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melaksanakan beberapa inisiatif iaitu penyaluran imbuhan bulanan imam, elaun guru takmir, elaun bulanan guru kelas al-Quran dan fardu ain (Kafa).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, usaha ini termasuk penyaluran imbuhan bulanan dan bayaran khas secara one-off kepada imam, bilal, siak, guru takmir dan guru Kafa.

“Bagi Wilayah Persekutuan, sebanyak RM3,723,979.20 diperuntukkan kepada 789 penerima meliputi imbuhan bulanan imam, elaun bulanan guru takmir, bayaran khas sebanyak RM700 secara one-off, serta caruman di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

“Manakala, elaun bulanan guru Kafa dan bayaran khas berjumlah RM19,478,526 diperuntukkan kepada 1,230 orang penerima.

“Di Negeri Selangor, peruntukan sebanyak RM12,670,102.40 telah disalurkan kepada 2,558 penerima melibatkan imam, bilal, siak, dan guru takmir.

“Selain itu, guru Kafa turut menerima elaun bulanan dan bayaran khas dengan jumlah keseluruhan RM44,341,360 bagi 2,800 penerima,” katanya ketika merasmikan Program Jelajah Madani Ulama dan Umara’(JMUU) Peringkat Zon Tengah(Wilayah Persekutuan Dan Selangor) Tahun 2024.

Beliau juga berkata, Jumlah keseluruhan peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Wilayah Persekutuan dan Negeri Selangor bagi tahun 2024 mencecah RM80,213,967.60 untuk manfaat 7,377 penerima.

Mengulas mengenai Belanjawan Madani 2025, beliau menyatakan bahawa peruntukan RM2 bilion diumumkan untuk pengurusan hal ehwal Islam, mencatat peningkatan sebanyak RM0.1 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Antara usaha tambahan dalam belanjawan ini termasuk sumbangan khas RM500 kepada imam, bilal, siak, noja, marbut, guru Kafa dan guru takmir sebagai tanda penghargaan kerajaan atas sumbangan mereka kepada agama, negara, dan ummah.

“Inisiatif ini adalah bukti jelas komitmen kerajaan dalam menghargai dan memperkukuhkan peranan para asatizah dan tokoh agama yang berdedikasi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya