Penyalahgunaan dadah di Kedah meningkat 17.3 peratus kepada 17,278

Penyalahgunaan dadah di Kedah meningkat 17.3 peratus kepada 17,278

SHAMSUL ANUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kedah mencatatkan peningkatan ketara jumlah tangkapan kes penyalahgunaan dadah kepada 17,278 orang,  bagi tempoh Januari hingga Ogos 2024, meningkat 17.3 peratus atau 14,284 orang berbanding tahun lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, jumlah tangkapan bagi daerah Pendang sehingga Ogos 2024 pula adalah seramai 1,166 orang.

Jumlah klien yang menjalani rawatan dan pemulihan dalam institusi di Kedah di bawah seliaan agensi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam tempoh Januari hingga September 2024 adalah seramai 5,960 orang.

Kata beliau, seramai 462 orang yang menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti di daerah Pendang.

“Untuk rekod statistik di Pendang, klien yang menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti berumur antara 19 hingga 39 tahun.

“Kalau lihat dari segi kaum pula, dari 462 orang itu, seramai 454 orang adalah dari bangsa melayu dan lapan orang dari bangsa lain,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Haji Awang Hashim (PN-Pendang) yang meminta butiran mengenai jumlah tangkapan kes penyalahgunaan dadah di negeri Kedah khususnya di daerah Pendang dan apakah penyelesaian segera pihak kerajaan dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa dalam negara.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan AADK komited dalam usaha membendung kegiatan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang di seluruh negara.

“Antara langkah pencegahan adalah pelaksanaan Op Tapis Khas PDRM yang melibatkan semua negeri di Malaysia bagi mengekang aktiviti dadah daripada terus berleluasa 

“Op ini tertumpu kepada kawasan-kawasan sarang penagih antaranya penempatan Felda, Felcra, ladang swasta, kawasan perumahan, penempatan jeti haram dan kampung nelayan. 

“Tindakan kepada individu yang terlibat dalam kegiatan dadah akan ditahan dan dihukum di bawah Akta Dadah Berbahaya Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya