Peorang Pensyarah daripada Unit Teknologi Pemprosesan Makanan Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) menerima Anugerah Khas Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Zon Selangor baru-baru ini.
Noor Izzati Umor, pensyarah Unit Teknologi Pemprosesan Makanan di KKSB antara 10 yang terpilih bagi setiap kolej komuniti di Zon Selangor yang menerima anugerah khas tersebut sempena
Majlis Perasmian Karnival Variasi Pembelajaran Sepanjang Hayat 2024 melibatkan kolej komuniti Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Anugerah berkenaan diberikan kepada pegawai-pegawai yang aktif mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) jam pengurusan dan pengajaran, bilangan peserta tertinggi bagi anjuran Kursus PSH yang dijalankan dan terimaan amanah tertinggi.
Majlis perasmian diisempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri Dusun Tua.Datuk Johan Abd Aziz.
Johan berkata, setiap kolej komuniti mempunyai kepakaran atau bidang tujahan (niche area) dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) masing-masing.
Kepelbagaian bidang kepakaran tersebut memberi peluang yang lebih banyak kepada komuniti untuk membuat pilihan berdasarkan minat masing-masing,” kata beliau.
Secara tidak langsung program sepanjang hayat juga menawarkan bidang yang bersesuaian mengikut bidang kepakaran tersebut tanpa menafikan bidang yang menjadi tumpuan masyarakat umum seperti keusahawanan, teknologi maklumat, masakan dan sajian dan lain-lain.
Turut menerima anugerah khas tersebut adalah pensyarah daripada Kolej Komuniti Hulu Langat yang mempunyai kepakaran dalam bidang Penyejukan dan Penyamanan Udara bagi peringkat sijil dan mendapat pengiktirafan Industry on Campus dari JJabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
JPPKK) dengan kerjasama sepenuhnya Kolej Komuniti Hulu Langat dan Majlis Perbandaran Kajang sebagai rakan kerjasama memilih Stadium Kajang yang terbuka buat orang awam supaya dapat
memberi pendedahan dan mampu meningkatkan penglibatan masyarakat dalam pelbagai aktiviti dan kursus yang dianjurkan oleh PSH di kolej komuniti.
Kolej Komuniti Zon Selangor melaksanakan kursus-kursus PSH yang berimpak tinggi sepanjang program tersebut berlangsung dan penglibatan terbuka untuk orang awam.
Program dimeriahkan lagi dengan pameran rakan kerjasama aborasi dan agensi-agensi awam dan swasta seperti Tabung Haji, Career Fair dan Sesi Temuduga oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) , Poliklinik An-Nur, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Raya, demonstrasi bola sepak dron oleh Malaysian Drone Soccer Association & UAS dan sebagainya.
Terdahulu, KKSB turut menganjurkan kursus penghasilan menggunakan laser engraving untuk memberi peluang kepada para pengunjung menghasilkan inovasi tersebut mengikut kreativtiti sendiri. – UTUSAN