Penolong pegawai veterinar didenda RM5,000 kemuka tuntutan palsu

Penolong pegawai veterinar didenda RM5,000 kemuka tuntutan palsu

MOHD. Hisham Daud (kanan) mengaku bersalah kemuka tuntutan palsu dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang penolong pegawai veterinar Terengganu didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana mengemukakan tuntutan palsu pada 2019 dan 2020.

Hakim Mohd. Azhar Othman membacakan keputusan itu hari ini setelah Mohd. Hisham Daud, 46, mengaku bersalah dua daripada empat pertuduhan pilihan yang dikenakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curang menggunakan sebagai tulen iaitu inden kerja atau pesanan tempatan yang mana tertuduh mempunyai sebab mempercayai dokumen itu adalah palsu.

Mohd. Hisham didakwa meluluskan empat tuntutan keseluruhan RM8,578.69 kepada sebuah syarikat bagi membekal alat ganti dan selenggara kenderaan jabatan walaupun perkhidmatan itu tidak wujud.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara Mac 2019 sehingga Jun 2020 dan didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (KK) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun sama.

Jika sabit kesalahan, Mohd. Hisham yang bertugas di Besut berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Tertuduh sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan kedua dan ketiga yang ditawarkan melibatkan tuntutan berjumlah RM1,574.09 dan RM3,808.10

Manakala pertuduhan pilihan pertama (RM1,615.20) dan keempat (RM1,581.30) diakui serta dianggap sebahagian daripada kes (TIC) mengikut Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.

Hakim kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 dan dua bulan penjara jika gagal bayar serta denda RM3,000 dan tiga bulan penjara jika gagal bayar yang berjalan serentak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya