Penjawat awam Perak dapat bonus dua bulan - Utusan Malaysia

Penjawat awam Perak dapat bonus dua bulan

SAARANI Mohamad menunjukkan buku Belanjawan Perak 2025 sebelum membentangkannya pada sidang dewan negeri semalam. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri Perak akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) pada kadar dua bulan gaji.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad semasa membentangkan Belanjawan 2025 negeri dalam sesi sidang Dewan Undangan Negeri semalam.

Beliau berkata, BKK itu adalah berdasarkan gaji pokok November 2024 kepada semua penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri termasuk semua guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan, Ketua-Ketua Kampung serta kakitangan di bawah kontrak program jangka pendek (MySTEP).

Bayaran penuh bantuan khas tersebut akan dibuat pada minggu terakhir bulan Disember 2024, jelas Menteri Besar.

Saarani mengambil masa kira-kira satu jam setengah untuk membentangkan Belanjawan 2025 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.52 bilion, sekali gus merupakan yang terbesar dalam sejarah negeri itu.

Sehingga 28 November 2024 katanya, kerajaan negeri telah berjaya merekodkan kutipan hasil dan terimaan pembangunan RM1.199 bilion.

Beliau juga meluahkan cabaran yang dihadapi oleh pentadbirannya termasuk dihina dengan gelaran ‘kerajaan tidak boleh diharap’ selain dilabel dengan cacian ‘MB biadab’.

“Tetapi saya tidak berniat menjadikan dewan mulia ini untuk membalas kejian dan cacian.

“Kerana dalam perjalanan hidup, saya belajar bahawa maruah seorang pemimpin tidak terletak pada kekuatan membalas cacian, tetapi kepada keupayaan untuk tetap berdiri teguh memikul amanah dengan keinsafan dan keikhlasan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya