Penjawat awam direman kes rasuah projek naik taraf tandas sekolah 

Penjawat awam direman kes rasuah projek naik taraf tandas sekolah 

PENJAWAT awam disyaki terlibat rasuah diiring keluar oleh pegawai SPRM di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam direman manakala, seorang lagi dilepaskan dengan ikat jamin kerana dipercayai terlibat menerima rasuah kira-kira RM130,000 daripada beberapa kontraktor bagi kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan kecil tandas sekolah di sebuah daerah.

Majistret, Wan Farrah Farriza Wan Gahzali mengeluarkan perintah reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 21 November terhadap lelaki berusia 50-an itu.

Seorang lagi suspek yang juga lelaki berusia 50-an, dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah selesai memberikan keterangan.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki itu ditahan antara pukul 7 hingga 10 malam semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

“Siasatan awal dipercayai kedua-dua suspek melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2023 dengan meminta rasuah sebanyak 30 peratus daripada nilai projek iaitu kira-kira RM130,000 daripada beberapa kontraktor.

“Kedua-dua suspek disyaki menerima wang rasuah daripada kontraktor-kontraktor tersebut secara tunai dengan beberapa kali bayaran,” katanya.

Menurut sumber lagi, SPRM turut merampas kira-kira RM90,000 wang tunai dan menyita dua buah kenderaan mewah yang dibeli hasil daripada wang rasuah tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan.

Beliau turut menyeru kepada mana-mana kontraktor yang pernah memberi wang rasuah kepada mana-mana penjawat awam berkaitan apa juga projek untuk tampil memberikan maklumat kepada SPRM. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya