Peniaga, pelanggan cemas, dua kenderaan rempuh kedai kain

Peniaga, pelanggan cemas, dua kenderaan rempuh kedai kain

KEADAAN kereta yang terbabas memasuki kedai kain di Jalan Niaga Utama/Jalan Yusof di Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Peniaga dan beberapa pelanggan sebuah kedai kain di Jalan Niaga Utama/Jalan Yusof, di sini berdepan detik cemas apabila premis itu dirempuh dua buah kenderaan yang terbabas kejadian pada pukul 7.55 petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, kemalangan melibatkan Nissan Navara dan Honda Civic itu dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda tersebut terlanggar sisi kereta tersebut, menyebabkan kedua-duanya hilang kawalan lalu terbabas memasuki kedai kain berkenaan.

“Kejadian ini tidak mengakibatkan sebarang kecederaan. Pemandu pacuan empat roda, iaitu lelaki tempatan berusia 55 tahun dan wanita berusia 40 tahun yang memandu Honda Civic tersebut terselamat.

“Pelanggan dan peniaga kedai juga tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas 3(2)(b) LN 166/59, iaitu cuai semasa keluar masuk simpang dan menyebabkan kemalangan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya