Pengusaha rekreasi air diminta henti sementara aktiviti water rafting - Utusan Malaysia

Pengusaha rekreasi air diminta henti sementara aktiviti water rafting

KEADAAN Sungai Jahang tempat berlaku kejadian tiga orang lemas ketika melakukan aktiviti water rafting di Gopeng kelmarin. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak meminta pengusaha rekreasi air di negeri ini supaya memberhentikan sementara aktiviti berakit meredah jeram (water rafting) berikutan Monsun Timur Laut (MTL) dengan taburan hujan yang banyak berbanding biasa.

Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon berkata, hujan lebat mengundang risiko berlakunya kejadian kepala kepala air.

“Bomba telah mengeluarkan senarai-senarai tempat berisiko untuk kejadian kepala air ini. Ambil berat dan lihat keadaan cuaca semasa.

“Saya nasihatkan semua aktiviti berkaitan air dihentikan sementara sehingga keadaan kembali normal,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, situasi kini masih terkawal dan tiada sebarang pembekuan cuti melibatkan pegawai dan anggotanya.

“Seramai 1,200 anggota bomba bersedia setiap masa selain peralatan dan jentera dalam keadaan baik,” katanya di sini hari ini.

Kejadian kepala air ekoran hujan lebat dikatakan menjadi punca tiga pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) lemas semasa melakukan aktiviti berakit meredah jeram (water rafting) di Sungai Jahang, Gopeng pada pukul 3.30 petang Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, mereka yang lemas ialah Allahyarham Mohamad Khairul Hakim Hamidi dan Allahyarham Muhammad Ikram Abdul Bari masing-masing berumur 37 dan 29 tahun dan Allahyarham Suhaili Mat Saad, 47.

Ketiga-tiga mangsa antara tujuh kakitangan JKR Langkawi, Kedah dan 14 kakitangan dari JKR Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang menginap di sebuah resort berdekatan sungai itu untuk terlibat dalam program ‘team building’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya