Pengurusan zakat perlu lebih telus, ketat

Pengurusan zakat perlu lebih telus, ketat

MOHD. Na'im Mokhtar menyampaikan anugerah kepada penerima Anugerah Pingat Emas Menteri, Muhammad Harith Hazriq Mohd Rudyherman yang merupakan graduan Diploma Pentadbiran Perniagaan pada Majlis Konvokesyen Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) kali ke-17 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggesa semua pihak pengurusan berkaitan zakat memastikan setiap duit zakat diagihkan, disimpan dan dikawal mengikut tatakelola yang telus dan ketat.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, sebarang ruang kelompongan yang boleh menyebabkan berlakunya ketirisan zakat, syarat dan ciri penerima zakat akan diperketatkan lagi.

Jelas beliau, semua pusat pengurusan zakat harus memastikan zakat itu diagihkan dengan amanah kepada mereka yang berhak.

“Tidak dinafikan dalam ramai-ramai yang memegang tanggungjawab berkaitan zakat itu, ada yang tidak amanah.

“Mereka mungkin tidak boleh tahan dengan godaan dunia, jadi mereka salah guna,” katanya semasa ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesyen Ke-17 Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), di sini.

Terdahulu, akhbar melaporkan seorang pengerusi masjid di Kemaman ditahan reman selama enam hari selepas disyaki menyalah guna kuasa dengan menyenaraikan individu bukan miskin termasuk isterinya sebagai penerima bantuan zakat kepada sebuah badan kebajikan swasta, pada April lalu.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, pengurusan zakat adalah satu amanah yang sangat berat dan ia harus dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan ketelusan.

Kata beliau, zakat perlu disalurkan kepada golongan yang berhak dan segala usaha perlu dilakukan untuk memastikan tiada ruang untuk penyelewengan atau penyalahgunaan.

“Sebab itu saya pesan kepada graduan KPBKL yang memegang diploma berkaitan zakat ini, uruskan zakat ini dengan sebaiknya.

“Alhamdulillah selama 18 tahun ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memegang sijil audit yang bersih dan baik dan diharapkan ia dapat diteruskan,” ujarnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya