Penguat kuasa JPJ diletakkan di kawasan kuari

Penguat kuasa JPJ diletakkan di kawasan kuari

ANTHONY Loke Siew Fook pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024 pada hari ketiga, Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15 di Seremban, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diarah menempatkan pegawai penguat kuasa di kawasan-kawasan kuari dan mengambil tindakan tegas terhadap lori-lori yang membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, JPJ diberikan kepercayaan penuh bagi menyelesaikan isu kenderaan berat yang melebihi muatan yang turut menjadi punca kepada kemalangan jalan raya.

“Tengoklah mereka (pemandu lori) berani atau tidak untuk keluar, pukul berapa mereka keluar, kami akan letak anggota penguat kuasa di situ. Memang diketahui banyak juga pemandu lori ini ataupun aktiviti lori tipper ini, mereka ada tonto mereka, memang ada penguat kuasa yang diugut.

“Jadi, kita akan lihat untuk pindaan terhadap undang-undang iaitu Akta Pengangkutan Jalan untuk kita perkasakan lagi penguat kuasa kita supaya dapat dilaksanakan penguatkuasaan lebih efektif terhadap masalah lori-lori lebih muatan ini.

“Memang saya tahu kebelakangan ini banyak kemalangan yang turut melibatkan kematian disebabkan oleh lori lebih muatan yang memang menjadi-jadi, memang kita sudah laksanakan operasi tindakan penguatkuasaan besar-besaran terhadap lori kontena dan bawa batu-bata dan pasir ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah berkata demikian pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024 pada hari ketiga, Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15 di sini, hari ini.

Anthony menambah, walaupun JPJ tidak terlibat dalam proses siasatan kes kemalangan kenderaan berat khususnya menyebabkan yang kematian kerana ia di bawah bidang kuasa polis, namun JPJ terlibat dalam proses mengaudit syarikat berkaitan.

“Apabila berlaku sesuatu kemalangan itu, prosedur operasi standard (SOP) JPJ adalah syarikat itu mesti diaudit sama ada mereka mematuhi prosedur keselamatan ataupun tidak. Dalam kebanyakan kes, mereka gagal dalam audit itu, apabila gagal kita akan gantung operasi mereka supaya mereka buat audit yang baik.

“Walaupun seterusnya mereka berjaya, kita masih akan hukum mereka dari segi menggantung operasi mereka seperti dalam melibatkan pemandu warga asing, mungkin dari segi tindakan boleh tarik lesen yang seterusnya memberikan kerugian sangat besar kepada syarikat tersebut.

“Kami cuba berikan mesej yang kuat kepada syarikat pengendali supaya jangan langgar undang-undang negara terutama dari segi pemandu. Dalam kes baru-baru ini ada pemandu lori yang menyalahgunakan dadah, ketum, memang banyak berlaku dan sekarang ini kami akan bekerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk melihat bagaimana mencegah perkara ini,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya