Penggunaan soket tiga pin, USB dalam bas dilarang sementara waktu

Penggunaan soket tiga pin, USB dalam bas dilarang sementara waktu

ANTHONY Loke-JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tidak membenarkan menggunakan soket elektrik tiga pin termasuk pengecah mudah alih USB dalam bas oleh orang ramai.

Perkara ini susulan laporan awal pasukan petugas khas yang mendapati pendawaian elektrik yang tidak teratur di dalam bas hingga menyebabkan seorang remaja maut terkena renjatan elektrik.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, arahan tersebut berkuatkuasa sehingga polisi dan garis panduan pendawaian tambahan baharu dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).

Beliau berkata, APAD sudah mengambil tindakan segera dengan mengeluarkan pemakluman kepada semua pengendali bas 6 November lalu.

“”Kita pun kena lihat juga sebab takut dari segi pendawaian, bukan pada soket atau USB. Mangsa menggunakan USB. Dia (mangsa) bukan guna soket tiga pin, tetapi USB dipasang bersama dengan (soket) tiga pin.

“Sementara ini kita larang semua dulu sehingga pemeriksaan terhadap piawaian dalam bas dilakukan,” katanya semasa sidang akhbar di Pusat Media, Bangunan Parlimen, hari ini.

Baru-baru ini seorang remaja lelaki maut dengan tangan kirinya melecur akibat terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya di soket bas ekspres dalam kejadian di Terminal bas Penang Sentral 1 November lalu.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, ketika itu menaiki bas berkenaan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, APAD turut mewajibkan syarikat pengendali bas baharu dan sedia ada mengemukakan keputusan laporan atau sijil bagi tujuan pelesenan.

Jelasnya, pengendali bas perlu melakukan pemeriksaan pendawaian tambahan oleh badan pemeriksaan dan pengujian yang telah diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM) dan pendawaian serta kelengkapan elektrik tambahan.

“Sebagai contoh kabel, soket alur keluar, peranti arus baki dan lain-lain yang digunakan oleh semua kenderaan perdagangan mempunyai pensijilan standard piawaian yang diiktiraf oleh badan pemeriksaan dan pengujian yang telah diakreditasi oleh JSM,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan sentiasa memandang serius aspek keselamatan penumpang pengangkutan awam supaya setiap pengguna merasa lebih selamat ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

“Langkah-langkah pemantauan yang lebih ketat akan terus dilaksanakan bertujuan untuk memastikan kejadian seumpama tidak akan berulang di masa akan datang,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya