Penggunaan kamera badan anggota JPJ masih peringkat kajian

Penggunaan kamera badan anggota JPJ masih peringkat kajian

JAZMANIE Shafawi (tengah) hadir dalam Operasi Bersepadu JPJ Negeri Sembilan di Plaza Tol Senawang, Seremban, malam tadi. - UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih dalam peringkat kajian.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi mengakui, penggunaan kamera badan sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.

“Kami juga telah menjalankan satu siri ujian bukti konsep (POC) mengenai perkara ini sebelum ia betul-betul dapat dilaksanakan,” katanya kepada pemberita dalam Operasi Bersepadu JPJ Negeri Sembilan di Plaza Tol Senawang di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Jazmanie berkata, sebanyak 51,421 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan JPJ kepada pengguna motosikal dalam tempoh 22 hari pelaksanaan Operasi Khas Motosikal bermula awal bulan ini.

“Sepanjang tempoh operasi itu, lima kesalahan paling tinggi dikesan iaitu tiada lesen memandu kompeten (CDL) sebanyak 19,080 (kes) diikuti Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh (14,163) dan tiada insurans (12,794).

“Selain itu nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi sebanyak 4,040 kes dan CDL tamat tempoh (1,344),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya