Penggantungan Tajuddin sebagai ahli UMNO ditarik semula - Utusan Malaysia

Penggantungan Tajuddin sebagai ahli UMNO ditarik semula

TAJUDDIN ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli parti itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan berkenaan berkuat kuasa serta-merta selaras Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

“MKT sebulat suara melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin sebagai ahli berkuat kuasa serta-merta.

“Ia selaras Fasal 10.6 dan 5.3 Perlembagaan UMNO, ” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Tajuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Pasir Salak sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 kerana mengkritik parti dan telah empat kali mengemukakan rayuan, namun masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada parti.

Selain itu, Asyraf Wajdi berkata, semua MKT juga bersepakat meminta agar segala usaha untuk memperkukuhkan hubungan dalam kalangan parti di bawah Kerajaan Perpaduan.

Dalam perkembangan lain, katanya, UMNO akan membuka Sekolah Politik untuk semua rakyat Malaysia bermula awal tahun depan.

Katanya, pembukaan sekolah tersebut akan memberi fokus kepada ilmu asas kenegaraan, Perlembagaan Persekutuan ,dinamika politik demokrasi, politik khidmat dan bakti kepada rakyat.

Asyraf dalam masa sama berkata, semua MKT turut mengucapkan tahniah di atas pelantikan Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa sebagai MKT.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya