Pengerusi Bersatu Kelantan dicabar  peringkat bahagian Pasir Puteh

Pengerusi Bersatu Kelantan dicabar peringkat bahagian Pasir Puteh

KAMARUDDIN Md. Nor (kiri) bersalaman dengan pencabarnya bagi kerusi Ketua Bersatu Bahagian Pasir Puteh yang berlangsung di Dewan Maahad Saniah, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamarudin Md. Nor dicabar pada pemilihan peringkat Bahagian Pasir Puteh yang berlangsung hari ini.

Pada pemilihan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas dicabar Timbalannya, Ab. Rahman Yaacob.

Kamarudin ketika ditemui Utusan Malaysia menyifatkan ‘perlawanan’ itu memperlihatkan amalan demokrasi dalam parti itu subur.

Menurut beliau, ia tidak menggambarkan wujudnya ‘rakit’ yang boleh melemahkan parti dan mengikis kesetiaan serta setiakawan dalam perjuangan parti.

“Pemilihan tahunan pastinya mewujudkan pertandingan untuk kerusi-kerusi tertentu yang terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menawarkan perkhidmatan kepada parti.

“Kami langsungkan pemilihan ini dengan pendekatan muhibah bagi memenuhi tradisi parti dan ia tidak menggambarkan perselisihan dan persengketaan. Kalah atau menang adalah adat pertandingan yang tidak melunturkan semangat dan taat setia kepada parti serta walaq kepada pucuk pimpinan,” katanya ketika ditemui pada pemilihan kepimpinan Bersatu peringkat Bahagian Pasir Puteh di Maahad Saniah, di sini hari ini.

Pada pemilihan itu, Pengerusi Tetap Muhammad Nor Omar dan Timbalan Pengerusi Tetap, Zainudin Arifin menang tanpa bertanding.

Sementara itu, Mohd. Rujhan Salleh menang tanpa bertanding bagi Jawatan Timbalan Bersatu Bahagian.

Jawatan naik  Naib Ketua pula menyaksikan pertandingan dua penjuru, Brohanuddin Che Rahim dan Mohd. Darus Mohamood.

Keputusan pemilihan akan diumumkan lewat petang ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya