Pengenalan Pekeliling RKB panduan utama reformasi perkhidmatan awam - Utusan Malaysia

Pengenalan Pekeliling RKB panduan utama reformasi perkhidmatan awam

SHAMSUL AZRI ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pekeliling Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) kini menjadi panduan utama bagi semua agensi awam dalam usaha mengurangkan beban peraturan tidak wajar terhadap rakyat dan perniagaan, sejajar dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, menegaskan, pelaksanaan RKB akan memperkukuh usaha reformasi pentadbiran melalui pelaksanaan 500 projek RKB yang dirancang pada 2025, dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.

“Pekeliling ini memberikan panduan jelas kepada agensi awam untuk memastikan setiap peraturan yang dikuatkuasakan memberi manfaat langsung kepada rakyat dan sektor perniagaan, selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan,” katanya ketika berucap di majlis penutupan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa Sistem Saraan Progresif Awam (SSPA), yang memberi penekanan kepada kebajikan dan kesejahteraan penjawat awam, bertujuan mencetus lonjakan motivasi dalam kalangan mereka.

“Namun, sistem ini datang dengan tanggungjawab besar. Penjawat awam tidak boleh lagi berada di takuk lama tanpa inovasi dan pembaharuan.

“Tiada tempat untuk mereka yang malas, culas, atau cuai,” tegasnya.

Beliau menyeru penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti dan terus melaksanakan pembaharuan bagi memastikan rakyat dapat menikmati perkhidmatan yang lebih efisien dan responsif.

“Reformasi ini bukan sahaja untuk mencipta perubahan sistemik, tetapi juga untuk memastikan aspirasi Kerajaan MADANI difahami dan dirasai oleh rakyat,” katanya.

Konvensyen dua hari itu menghimpunkan pemimpin sektor awam dan swasta dalam membincangkan pendekatan baharu untuk memperkukuh kecekapan pentadbiran kerajaan serta kesejahteraan penjawat awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya