Pengawal keselamatan ditahan berkaitan kes surat palsu pejabat TPM

Pengawal keselamatan ditahan berkaitan kes surat palsu pejabat TPM

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri (TPM) II, Datuk Seri Fadillah Yusof yang dikesan dihantar kepada individu di Sarawak.

Lelaki berusia 32 tahun itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan sepasukan polis dari Ibu pejabat Kontinjen Sarawak semalam di Samarahan, Sarawak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis dibuat seorang lelaki mendakwa menerima tawaran kerja daripada suspek sebagai pegawai setiausaha pejabat di pejabat TPM.

Katanya, pengadu mendakwa mengenali suspek pada Julai lalu dan suspek telah meyakinkannya bahawa dia adalah pengiring rapat kepada TPM II.

“Pengadu berasa yakin dan percaya lalu menyerahkan dokumen peribadi sebelum suspek menyerahkan kepadanya surat iaitu perlantikan sebagai pegawai setiausaha pejabat dan permohonan kuarters kerajaan.

“Hasil semakan dengan rakan kakak pengadu, mengesahkan bahawa bahawa kedua-dua surat tersebut adalah tidak wujud dan dia bertindak membuat laporan polis kerana rasa tertipu dan takut dokumen yang pengadu telah berikan kepada suspek disalahgunakan dengan tujuan yang menyalahi undang-undang.

“Susulan itu kita telah menahan suspek pada 12.45 tengah hari di pondok pengawal Pejabat Daerah Samarahan dan polis turut merampas dua unit telefon bimbit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, siasatan mendapati suspek yang bekerja di Pejabat Daerah Samarahan sejak tahun 2018 telah menawarkan pelbagai jenis pekerjaan dengan kerajaan persekutuan kepada beberapa orang rakan-rakan termasuk pengadu pada hujung Oktober.

“Suspek mengaku membuat tawaran itu dan ia (tawaran pekerjaan) tidak wujud. Suspek juga mengatakan dia membuat tawaran itu kerana ingin perhatian daripada rakan-rakan bahawa mempunyai kenalan orang atasan dan boleh membantu mereka,” katanya.

Selain itu, menurut Razarudin, suspek juga mengatakan tidak menyalahgunakan butiran peribadi yang diterima dan tiada meminta apa-apa ganjaran daripada rakan-rakannya.

Jelasnya, tujuan suspek bertindak sedemikian kerana dia suka apabila dilayan oleh rakan-rakannya sebagai orang penting.

“Dia (suspek) menyatakan telah musnahkan surat-surat tawaran kerja palsu yang dia berikan kepada rakan-rakannya termasuk pengadu menggunakan mesin pencincang kertas di Pejabat Daerah Samarahan.

“Semakan terhadap telefon bimbit yang dirampas turut terdapat perbualan antara suspek dan pengadu berkenaan kes ini.

“Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan KK) dan dan Seksyen 511 KK manakala suspek akan dipohon reman hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya