Pengasas kecewa, trek BMX, MTB 'hilang' diambil alih ATV

Pengasas kecewa, trek BMX, MTB ‘hilang’ diambil alih ATV

IZHAM Abu menunjukkan trek basikal BMX dan MTB yang telah hilang di Parit Sikom Esplanade diambil alih untuk sukan ATV di Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Pengasas trek sukan lasak BMX dan MTB di Parit Sikom Esplanade kecewa kerana tapak tersebut diambil alih bagi aktiviti kenderaan pelbagai bentuk permukaan bumi atau ‘All Terrain Vehicle’ (ATV).

Menurut Izham Abu, 53, trek dibangunkan pada 2017 itu, menyebabkan golongan muda yang meminati bidang tersebut kini kehilangan gelanggang untuk menjalani latihan.

Katanya, Parit Sikom Esplanade X-Treme Park merupakan usaha Rakan Muda Surau Nurul Falah bagi menyediakan tempat kepada peminat berbasikal BMX dan MTB untuk mengasah bakat dalam bidang tersebut.

Izham berkata, Parit Sikom Esplanade yang diuar-uarkan mempunyai potensi bagi agro-pelancongan turut kehilangan arah apabila tiada lagi aktiviti berbasikal dijalankan di kawasan itu.

“Sebagai pengasas tapak trek sejauh 400 meter, saya kecewa kerana ada pihak yang tidak mengetahui secara langsung mengenai kesusahan membina trek tersebut pada awalnya tiba-tiba mengambil alih.

“Mula-mula ada perbincangan untuk bekerjasama tetapi tiba-tiba laluan sedia telah diratakan oleh jentera menyebabkan trek tersebut ‘hilang’,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Trek berkenaan mempunyai banyak kenangan dan jasanya apabila melahirkan empat pelumba BMX yang mewakili Johor ke Sukan Malaysia (Sukma) sebelum ini.

Izham berkata, disebabkan tapak tersebut dikacau ganggu, aktiviti  berbasikal BMX dan MTB bagi penggiat berbasikal di Pontian terpaksa berpindah ke Kampung Tengah, Rengit, Batu Pahat.

Pemilik BAAM Garage Cycling di Kayu Ara Pasong ini menyifatkan daerah Pontian telah kehilangan bakat-bakat muda dalam bidang tersebut.

“Acara basikal BMX dan MTB bukan sahaja dipertandingkan dalam Sukan SEA, malah Sukan Asia dan Olimpik yang memberikan peluang kepada bakat-bakat tempatan untuk bersaing pada masa depan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya