Pengarah resort gagal merayu keputusan berkaitan penarafan kredit CTOS

Pengarah resort gagal merayu keputusan berkaitan penarafan kredit CTOS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang pengarah resort gagal merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan keputusan agar agensi pelaporan kredit, CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) membayar ganti rugi RM200,000 kepadanya kerana penarafan kredit yang tidak tepat.

Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd. Yusof dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera menolak permohonan Suriati Mohd. Yusoff.

Mahkamah sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati permohonan Suriati untuk mendapatkan kebenaran merayu itu gagal memenuhi syarat ambang Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Mahkamah turut memerintahkan wanita terbabit membayar kos sebanyak RM30,000.

Dalam kes sivil, pihak yang tidak berpuas hati dikehendaki mendapatkan kebenaran sebelum mereka boleh meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Suriati memfailkan permohonan tersebut selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 9 Julai lalu yang membenarkan rayuan CTOS untuk mengetepikan bayaran ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada wanita itu.

Dalam penghakiman panel terbabit, mahkamah mendapati pengarah resort, Suriati Mohd. Yusoff gagal membuktikan kes berhubung fitnah, kecuaian atau melanggar tanggungjawab statutori terhadap syarikat berkenaan.

Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa CTOS telah melanggar kewajiban penjagaan yang sepatutnya kepada plaintif, dan melangkaui fungsi asal ia didaftarkan di bawah Akta CRAA.

Hakim Mahkamah Tinggi dalam penghakimannya memutuskan bahawa CTOS telah melanggar kewajipan penjagaan yang sepatutnya kepada Suriati serta melangkaui fungsi asal ia didaftarkan di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 (CRAA).

Mahkamah juga menekankan bahawa ini telah menyebabkan plaintif bukan sahaja mengalami kerugian, tetapi turut menjejaskan reputasinya, di samping memutuskan hubungan beliau dengan suaminya, kecuaian defendan dan pelanggaran tanggungjawab fidusiari.

Suriati yang pernah menjadi pengarah dan pemegang saham Keranji Beach Resort Sdn Bhd di Pulau Perhentian, Terengganu, menyaman CTOS kerana kecuaian dan pelanggaran kewajipan fidusiari berhubung salah nyata penarafan kreditnya.

Pada Mei 2019, plaintif mendapati permohonan pinjaman pembelian keretanya telah ditolak kerana laporan negatif daripada CTOS.

Salah nyata itu didakwa telah menjejaskan perniagaan dan peribadinya, di samping mencemarkan reputasinya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya