Penganggur didenda RM15,000 muatnaik gambar jelik libat institusi Kesultanan Pahang

Penganggur didenda RM15,000 muat naik gambar jelik libat institusi Kesultanan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang penganggur didenda RM15,000 selepas mengaku bersalah memuat naik gambar bersifat jelik melibatkan institusi Kesultanan Pahang dalam aplikasi TikTok di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini hari ini. 

Tertuduh, Mohd. Nazre Mohd Sani, 38, membuat pengakuan terbabit dihadapan Hakim Maimoonah Aid.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Tiktok melalui akaun @mohdnazrebiohdsani di pautan https://www.tiktok.com/@mohdnazrebinmohdsani/photo/7361163101053390081 secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu gambar yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit pada 24 April lalu sekitar jam 4.30 pagi di mana hantaran terbabit telah dilihat pada jam lebih kurang 2.27 petang hari sama di Pejabat Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Sultan Pahang, Pekan. 

Bagi kesalahan itu, tertuduh selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa di bawah Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1 ,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Faten Hadni Khairuddin yang memohon agar mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas OKS sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.

Faten Hadni turut memohon mahkamah memandang serius kesalahan dilakukan OKS berikutan hantaran dilakukan berunsur 3R (Race, Religion and Royalty) yang boleh mengganggu kepentingan awam disamping perkataan digunakan sangat jelik dan kasar. 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam menyesal atas kesalahan dilakukan dan memohon agar hukuman denda ke atasnya dikurangkan kepada RM500 memandangkn tertuduh yang tidak mempunyai pekerjaan tetap perlu menyara seorang isteri dan dua orang anak. 

Hakim bagaimanapun menetapkan tertuduh dikenakan hukuman denda RM15,000. Kegagalan membayar denda boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya