Penerokaan hutan, 400 penduduk Orang Asli berdepan ancaman lubang benam

Penerokaan hutan, 400 penduduk Orang Asli berdepan ancaman lubang benam

JUBIR Sekmo mendedahkan kejadian lubang benam yang mengancam Kampung Jekjok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kira-kira 400 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar dari Kampung Jekjok, Pos Brooke mendakwa aktiviti penerokaan hutan untuk tujuan kebun sayur sebagaimana berlaku di Jalan Gua Musang-Lojing, di sini, kelmarin mendedahkan mereka dengan kejadian lubang benam.

Mereka turut mendakwa kejadian lubang benam sedalam enam meter membuatkan penduduk tidak senang duduk lantaran lokasi kejadian terlalu hampir dengan kawasan penempatan penduduk.

Penghulu Kampung Jekjok, Jubir Sekmo, 53, berkata, hujan berlarutan tiga hari berturut-turut menyebabkan hakisan tanah dan berlaku kejadian lubang benam berhampiran kampung mereka.

“Walaupun ia pertama kali berlaku, namun kawasan itu berhampiran penempatan kami. Penduduk Orang Asli di Kampung Jekjok dan kampung sekitar, bimbang perkara sama berulang di kawasan lain sehingga meragut nyawa penduduk.

“Kami percaya hakisan tanah ini, kesan pembukaan kawasan hutan untuk tujuan pertanian kebun sayur berhampiran jalan utama Gua Musang-Lojing,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui.

Penduduk, Along Isap, 67, berkata, sejak pembukaan kebun sayur berkenaan, kejadian hakisan tanah kerap berlaku terutama pada musim hujan dan lubang benam berlaku di laluan utama penduduk itu bukan sahaja membahayakan nyawa penduduk Orang Asli tetapi juga pengguna jalan raya yang berulang-alik ke Cameron Highlands dan Ipoh, Perak.

Beliau berharap pihak berwajib memantau keadaan jalan yang berisiko berlaku lubang benam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya