Pencapaian tertinggi YBR, terima anugerah ACES

Pencapaian tertinggi YBR, terima anugerah ACES

PENGERUSI YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang dan Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani menerima Anugerah ACES Award di Bangkok, Thailand
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menerima Anugerah ‘Community Initiative’ di Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Kelestarian Korporat Asia (ACES) 2024 Khamis lalu. 

Penyerahan anugerah yang berlangsung di Hotel Intercontinental, Bangkok itu dihadiri Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang diiringi Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani.

Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, anugerah ini merupakan tanda pencapaian tertinggi YBR sepanjang penubuhan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat.

“Kami sentiasa komited dan menggandakan usaha dalam memajukan kemajuan pendidikan dan kebajikan masyarakat melalui inisiatif yang memberi impak positif dalam memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia melalui pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan. 

Sepanjang tahun 2023, YBR membelanjakan sebanyak RM28.35 juta sebagai peruntukan bantuan pendidikan dan pemerkasaan masyarakat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya