Penangan Alif Satar, lebih RM1 juta emas terjual di TikTok - Utusan Malaysia

Penangan Alif Satar, lebih RM1 juta emas terjual di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selebriti versatil, Alif Satar, berjaya menjual emas melebihi RM1 juta dalam tempoh 12 jam.

Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 34, muncul mengendalikan sesi siaran langsung TikTok bermula jam 10 pagi selepas melancarkan koleksi emas terbaharunya, Alif One Ummah Dinar dan Gold Bar pada Isnin.

“Sebenarnya koleksi ‘One Ummah’ ini adalah siri kedua emas yang saya lancarkan selepas edisi ALIF terjual sepenuhnya pada Mac lalu.

“Kali ini saya pilih konsep ‘One Ummah’ dan minta pihak GB Gold untuk tampilkan reka bentuk lebih eksklusif. Oleh itu anda dapat lihat ada keffiyeh pada kad serta ukiran ‘hayya ala Falah’ bermaksud marilah menuju kejayaan di atas emas.

“Aada juga yang beli emas hari ini sebab mahu dapatkan tanda tangan saya,”katanya ketawa.

Alif ditemui di majlis pelancaran One Ummah Gold Bar dan Dinar di GB Gold, baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi Akhiri Penantianku ini turut mengajak orang ramai menjadikan emas sebagai salah satu pelaburan dan simpanan untuk jangka masa panjang.

“Selain itu, saya mahu orang ramai kumpul dan simpan emas selain wang. Ini kerana nilainya tidak akan dimakan inflasi. Ia adalah aset yang boleh kita jual semula.

“Sama macam zaman emak-emak kita dahulu, kalau anak pergi universiti, dia akan gadai emas sebab nilainya tidak berubah.

“10 tahun lalu saya pernah beli emas dengan harga RM200 untuk 1 gram. Sekarang emas itu sudah jadi harga RM400,” jelasnya.

Terdahulu pada Mac, pengacara Big Stage itu pernah mengeluarkan 6,000 unit dinar dan emas di bahawa koleksi ALIF hasil kolaborasi dengan GB Gold dan terjual dalam masa kurang daripada lima bulan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya