Pemuzik jalanan sekali lagi dituduh berkaitan ajaran Millah Abraham

Pemuzik jalanan sekali lagi dituduh berkaitan ajaran Millah Abraham

NORASID Md. Said hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban bagi didakwa atas pertuduhan menyatakan solat tidak ada syariat dalam al-Quran. - UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pemuzik jalanan yang juga pengikut ajaran salah Millah Abraham berdepan pertuduhan baharu di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban hari ini dengan menyatakan solat tidak ada syariat dalam al-Quran.

Tertuduh, Norasid Md. Said, 50, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Zulfikri Yasoa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah mengajar ajaran salah yang berlawanan dengan hukum syarak kepada ahli keluarganya iaitu seorang wanita berusia 42 tahun. 

Tertuduh menyatakan ‘Solat ini tidak ada syariat dalam al-Quran. Solat ini hanyalah agenda konspirasi bangsa Arab.’

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah beralamat di Taman PGBF Harmoni, Gemas, Tampin pada 24 April 2023.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM2,000 bagi pertuduhan itu dan sebutan kes termasuk tiga pertuduhan sebelum ini ditetapkan pada 21 Januari dan 17 Februari tahun depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya