Pemuda baru keluar penjara ditahan bersama 18,000 pil yaba

Pemuda baru keluar penjara ditahan bersama 18,000 pil yaba

MOHD. Yusoff Mamat (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas semasa sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di Kota Bharu, Kelantan, semalam. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan mematahkan kegiatan pengedaran dadah selepas menahan seorang penganggur bersama 18,000 biji pil yaba dalam serbuan di tepi jalan kampung, belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Bahar di sini, kelmarin.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan pukul 7.30 malam semasa sedang duduk di atas sebuah motosikal jenis Yamaha Y15Z dipercayai menunggu pelanggan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, hasil pemeriksaan ke atas motosikal tersebut pihaknya menjumpai tiga bungkusan kertas kekuningan mengandungi 18,000 pil yaba.

Katanya, saringan air ken­cing yang dilakukan mendapati suspek positif dadah jenis benzo.

“Pada masa sama, kita me­rampas wang tunai berjumlah RM1,500. Selain itu, motosikal yang digunakan suspek turut disita.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk barang sitaan dianggarkan RM174,500,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.

Mohd. Yusoff berkata, semakan mendapati suspek yang berasal dari Tawang, Bachok mempunyai enam rekod lampau berkait dadah manakala satu kesalahan jenayah.

Katanya, suspek baru sahaja keluar dari penjara pada Julai lalu dan dipercayai aktif sebagai pengedar sejak Ogos lepas.

“Kes disisat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1957. Suspek direman tujuh hari untuk siasatan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Yusoff berkata, seramai 663 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah menerusi Op Tapis Bersepadu dan Op Tapis Bersepadu Sempadan bermula 29 Oktober hingga semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya