Pempengaruh dilantik ikon DBP

Pempengaruh dilantik ikon DBP

DR. Malar Santhi Santherasegapan antara yang akan dilantik sebagai ikon DBP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga ikon bahasa akan dilantik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi memperkasa penggunaan bahasa kebangsaan.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hazami Jahari berkata, tiga ikon itu akan dilantik dalam kalangan pempengaruh dalam usaha menyampaikan pengetahuan asas bahasa yang baik kepada masyarakat. 

Katanya, antaranya pempengaruh yang akan dilantik termasuk Dr. Malar Santhi Santherasegapan, seorang doktor dan juga aktivis yang kini bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Cheras, Selangor.

“Kita kena bergerak dengan cara yang baharu tetapi kita harus membimbing, melatih mereka (orang awam).

“Insya-Allah, kalau ada keperluan kita juga akan mengadakan sesi pertemuan khusus dengan rakan-rakan media, untuk memberi asas-asas penggunaan bahasa yang baik dan betul kerana media sangat berpengaruh dalam menentukan arah tuju sesuatu perkembangan bahasa,” katanya ketika menghadiri Majlis Malam Media DBP Bersama Media 2024 di Wisma DBP, di sini, malam tadi.

Menurut Hazami lagi, DBP juga mahu selari dengan perkembangan semasa, kerana bahasa tidak boleh disebar dengan cara yang lama.

“DBP mahu memanfaatkan saluran itu secara lebih aktif bagi menampilkan contoh penggunaan bahasa yang baik serta kandungan berkualiti,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya