Pemilik syarikat direman empat hari tuntutan palsu RM10 juta

Pemilik syarikat direman empat hari tuntutan palsu RM10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemilik syarikat yang disyaki bersubahat dalam tuntutan palsu kira-kira RM10 juta direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama lima hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman sehingga 20 November ini dikeluarkan Pendaftar Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi selepas SPRM membuat permohonan itu di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an dipercayai ditahan kira-kira pukul 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Siasatan awal mendapati suspek melakukan kesalahan itu pada tahun 2019 sehingga tahun ini.

“Penahanan suspek adalah susulan tangkapan membabitkan seorang bekas pengurus kanan kejuruteraan sebuah syarikat pengeluaran barang keperluan asas berkaitan tuntutan palsu dan penipuan kira-kira RM2 juta pada Rabu minggu lalu.

“Suspek yang juga  pengurus sebuah syarikat pembaikan mesin di sebuah kilang pengeluaran barang keperluan asas disyaki  mengemukakan tuntutan palsu syarikat beliau bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan serta memberi rasuah kepada kakitangan syarikat yang meluluskan tuntutan-tuntutan palsu itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan  dan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya