Pemilik mahu jual lot tanah PFA: N. Sembilan kenal pasti pelabur sesuai

Pemilik mahu jual lot tanah PFA: N. Sembilan kenal pasti pelabur sesuai

JALALUDDIN Alias pada Sesi Pertanyaan Lisan (Hari Keempat) Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan Yang Ke-15 di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Usaha rundingan sedang dijalankan agensi berkaitan pelaburan Negeri Sembilan bagi mengenal pasti pelabur bersesuaian dalam usaha pelaksanaan perancangan melibatkan pembangunan di kawasan Pig Farming Area (PFA) di Chuah, Port Dickson.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, langkah tersebut diambil selepas majoriti pemilik lot tanah di kawasan itu atau sebanyak 79 peratus, berhasrat menjual tanah terbabit sama ada secara terus atau beserta infrastruktur.

“Kawasan PFA seluas 713.3 hektar, melibatkan 374 lot ini berada berhampiran dengan kawasan sempadan Sepang dan Port Dickson. Menilai kepada kemajuan kawasan sekitar dan kedudukan kawasan ini, perancangan pembangunan melibatkan parcel pembangunan Malaysian Vision Valley (MVV 2.0) direncanakan secara holistik di kawasan PFA.

“Kawasan PFA di Bukit Pelandok merupakan kawasan diwartakan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan bersama Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan MPPD telah menyediakan Rancangan Tempatan MVV atau RTMVV 2045 bagi merancang pembangunan di seluruh daerah Seremban dan Port Dickson.

“Berdasarkan RTMVV tersebut, kawasan ini terletak di Blok Perancangan 2 Jimah Port Dickson.

Cadangan Pembangunan di RTMVV ini telah mengezonkan kawasan tersebut sebagai zon pembangunan bercampur yang meliputi zon guna tanah industri, komersial dan perumahan,” katanya.

Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri berkata demikian pada Sesi Pertanyaan Lisan (Hari Keempat) Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan Yang Ke-15 di sini hari ini.

Jalaluddin menjawab pertanyaan Yew Boon Lye (PH-Chuah) yang ingin mengetahui penyelesaian isu tanah PFA di Bukit Pelandok, Chuah, Port Dickson.

Katanya, tapak PFA itu akan dibangunkan secara holistik dan dalam bentuk pembangunan terangkum, yang mana akan melibatkan bentuk usaha sama Perbadanan NS dengan pelabur berpotensi bagi berunding dengan pemilik tanah bagi tujuan pembangunan kawasan tersebut.

“Oleh itu ia diposisikan sebagai antara tumpuan dalam Kluster Industri Rentas Sempadan Wilayah Tengah melibatkan kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri,
kerajaan Negeri Sembilan serta Selangor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya