Pemilik kedai, mangsa trauma selepas kejadian pukau

Pemilik kedai, mangsa trauma selepas kejadian pukau

RAKAMAN CCTV memaparkan suspek berbual dengan pekerja butik Sabrieyna sambil mengambil barangan kemas milik mangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pemilik sebuah butik kosmetik di Jaya Gading di sini dan pekerjanya masih trauma selepas kejadian pukau yang berlaku Rabu lalu sehingga menyebabkan kerugian sekitar RM4,000.

Pemilik butik, Sabrieyna Mohamad, 32, berkata, pekerjanya yang dikenali sebagai Qila dikatakan masih tidak dapat hadir bekerja dan berada dalam keadaan tidak sihat.

“Dia (pekerja) cuti semalam kerana hendak pergi berubat. Dia beritahu dia berasa tidak sedap badan dan pening kepala selepas tersedar dari terkena pukau itu,” katanya.

Tambahnya lagi, dia sehingga kini masih berasa tidak percaya dengan kejadian yang menimpa pekerjanya itu.

“Sampai sekarang masih trauma dan masih tidak percaya kejadian pukau ini boleh berlaku di kedai saya,” ujarnya.

Bercerita lanjut tentang kejadian, Sabrieyna berkata, ketika itu dia tidak berada di butiknya kerana melakukan urusan luar manakala butiknya dijaga pekerjanya.

Katanya, kejadian dianggarkan berlaku sekitar pukul 2.30 petang di mana suspek dikatakan datang ke butiknya untuk membeli 200 botol minyak wangi dan juga barangan kosmetik.

Sabrieyna kemudiannya dihubungi pekerjanya itu memaklumkan berkaitan pembelian yang ingin dilakukan suspek yang kononnya untuk dijadikan hadiah kepada tetamu ketika hari perkahwinan suspek nanti.

Tambahnya lagi, pekerjanya itu memaklumkan suspek dikatakan hendak keluar ke bank sebentar bagi mengeluarkan wang untuk membayar minyak wangi berkenaan dengan meninggalkan sebuah beg berisi telekung dan tudung.

Bagaimanapun suspek dikatakan tidak kembali kedai dan pekerjanya dilihat hanya mendiamkan diri dan mula tersedar pada keesokannya sekitar pukul 2.11 petang sebelum meminta Sabrieyna untuk menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan kemudiannya membuat laporan polis berkaitan kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN