Pemilihan DAP: Kekalahan Gobind satu proses demokrasi - Anthony Loke

Pemilihan DAP: Kekalahan Gobind satu proses demokrasi – Anthony Loke

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mengakui agak terkejut dengan kekalahan yang dialami oleh Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo dalam pemilihan DAP negeri itu, semalam.

Bagaimanapun, Anthony menganggap kekalahan Gobind itu sebagai sebahagian daripada proses demokrasi yang normal dalam parti.

“Saya rasa beliau (Gobind) sudah membuat kenyataan semalam bahawa beliau menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

“Bagi saya, inilah semangat yang harus dimiliki oleh setiap pemimpin DAP. Saya berterima kasih kepada Gobind kerana sumbangan yang diberikan kepada parti khususnya DAP Selangor selama ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han terpilih menerajui barisan kepimpinan DAP negeri itu selepas dilantik pengerusi baharu bagi penggal 2024-2027.

Selain gagal mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak satu penggal yang lalu, Gobind juga gagal menempatkan diri dalam kalangan 15 ahli jawatankuasa (AJK) tertinggi baharu DAP negeri pada sesi pemilihan berkenaan.

Dalam pada itu, Anthony memberitahu, Gobind bagaimanapun akan terus memainkan peranan yang penting dalam kepimpinan DAP di peringkat Pusat.

“Beliau masih Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP. Jadi, kekalahan di Selangor itu tidak bermakna beliau telah disingkirkan. Tidak sama sekali.

“Ingin saya tekankan di sini bahawa, beliau masih akan mewakili parti dalam Kabinet,” jelas Anthony lagi.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya