Pemergian Rosnah Majid satu kehilangan besar - Ahmad Zahid

Pemergian Rosnah Majid satu kehilangan besar – Ahmad Zahid

ROSNAH MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Allahyarham Datuk Rosnah Abd Majid adalah tokoh yang sangat dihormati oleh setiap lapisan masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan di Facebook berkata, justeru ia satu kehilangan besar buat dunia kewartawanan, politik dan korporat negara.

“Saya sampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah termasuk kakaknya, Dr Meriyam Majid, bekas CEO GiatMARA yang juga merupakan kenalan rapat saya menerusi Setiausaha Politik, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

“Beliau mewakili saya untuk menziarah jenazah Allahyarham di kediamannya di Taman Melawati di sini pagi tadi,” katanya di sini hari ini.

Bekas wartawan Utusan Malaysia dan ahli politik, Rosnah meninggal dunia di Pulau Pinang semalam.

Berita pemergian penerima pertama Hadiah Kajai itu dimaklumkan oleh kakak Allahyarham, Meriyam yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Difahamkan tokoh wartawan itu meninggal dunia setelah dikatakan terjatuh di dalam bilik air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya