Pemborong disaran guna eCOSS elak ketirisan minyak masak subsidi

Pemborong disaran guna eCOSS elak ketirisan minyak masak subsidi

PEMBORONG minyak masak disaran menggunakan sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemborong minyak masak disaran menggunakan sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) yang mencatatkan setiap transaksi jualan bagi mengelakkan ketirisan barang bersubsidi itu.

Malah, peruncit perlu menyimpan rekod pembelian setiap kali pengguna mendapatkan minyak masak paket subsidi tersebut.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, terdapat pengguna yang kadangkala cuba mendapatkan lebih daripada kuota yang dibenarkan dengan melakukan pembelian berulang kali.

Menurut beliau, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) perlu melaksanakan pemantauan secara menyeluruh bagi memastikan tiada ketirisan terhadap jualan minyak masak paket bersubsidi.

“Pemborong diwajib menggunakan sistem eCOSS tersebut supaya pihak kementerian boleh memantau sebarang aduan melibatkan minyak masak paket yang sukar didapati di pasaran.

“Bila KPDN dapat pantau, tindakan dapat diambil dan semua golongan terutama yang berpendapatan rendah dapat menggunakan minyak masak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, media melaporkan, KPDN berkemungkinan menggunakan nombor kumpulan pada minyak masak paket sebagai antara mekanisme baharu mengatasi ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi itu.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh dilaporkan berkata, pihaknya mendapati berlaku ketirisan pada jenama minyak masak paket tertentu dalam pemeriksaan operasi Kita Gempur di kilang pembungkusan minyak masak di Pulau Pinang, kelmarin.

Sementara itu, Penasihat Pertubuhan Gandingan Gerakan Pengguna Malaysia, Dr. Lee Nan Sang berkata, pelaksanaan setiap cadangan baharu perlu dikaji dengan teliti bagi mengelakkan sebarang masalah kepada peruncit dan pengguna.

Katanya, langkah itu penting untuk mengelakkan kesulitan kepada peruncit dan memastikan pengguna dapat menikmati hak asas seperti akses kepada barangan harian dengan harga berpatutan.

“Saya masih dapati minyak masak paket masih lagi sukar untuk diperoleh di kedai-kedai runcit pada masa-masa tertentu.

“Pada pandangan saya, pihak berkuasa harus mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah ini agar kumpulan sasaran dapat menikmatinya.

“Kemampuan pihak berkuasa untuk mengawal cabaran dalam kalangan peruncit dan pengguna bukanlah perkara mudah. Justeru, mekanisme yang lebih menyeluruh kepada seluruh rakyat perlu disediakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya