Pembantu dapur warga Thailand kekal lepas, bebas tuduhan bunuh rakan senegara

Pembantu dapur warga Thailand kekal lepas, bebas tuduhan bunuh rakan senegara

ALSU Nichi (tengah) bersama peguamnya, Haresh (kanan) dan Ramzani pada prosiding keputusan kes di Mahkamah Tinggi Seremban hari ini.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Seremban di sini hari ini mengekalkan keputusan melepas dan membebaskan seorang pembantu dapur warga Thailand atas pertuduhan membunuh rakan senegara di belakang sebuah restoran di Taman Bukit Emas di sini, lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rohani Ahmad membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Alsu Nichi, 24, selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan satu keraguan munasabah.

“Setelah mendengar keterangan dan hujahan-hujahan pihak pembelaan serta pendakwaan, mahkamah mendapati tertuduh berjaya menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

“Dalam kes ini, pendakwaan gagal membuktikan kes melampui keraguan munasabah. Oleh itu tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan,” katanya pada prosiding keputusan di sini hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Abdul Rosah Jamu, 24, di belakang sebuah restoran di Jalan Tampin Bukit Emas di sini pada pukul 9.30 malam, 21 April 2019.

Sehubungan itu, tertuduh yang berasal dari Pattani, Thailand didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan, seramai 18 saksi telah dipanggil memberi keterangan.

Sebelum ini media melaporkan pada 16 Disember 2022, Mahkamah Tinggi Seremban telah melepas dan membebaskan tertuduh tanpa dipanggil untuk membela diri.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan tidak berpuas hati dan telah merayu kepada Mahkamah Rayuan berhubung kes itu.

Pada 30 Mei 2024, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin telah membenarkan rayuan pendakwaan dan memerintahkan pembelaan tertuduh dipanggil seterusnya mengarahkan Mahkamah Tinggi Seremban mendengar pembelaannya.

Pada 5 September lalu, tertuduh telah membela diri di Mahkamah Tinggi Seremban yang mana tertuduh sendiri telah memberi keterangan dan memanggil seorang saksi doktor psikitiari serta pegawai penyiasat.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhana Muhammad A.Aziz manakala tertuduh diwakili peguam, Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya